Assalamualaikum & Salam Sejahtera... Harap anak-anak dapat manfaat dari bahan yang cikgu share di blog ini... Remember... sharing is caring.
Saturday, March 24, 2018
KBAT...wanita dalam pembangunan negara
Wanita adalah penyumbang kepada ekonomi negara. Penglibatan wanita memberi impak yang besar terhadap ekonomi negara. Wanita bukan sahaja dapat meningkatkan ekonomi keluarga semata-mata, hasil kerja keras wanita telah membantu menjana ekonomi negara. Penglibatan wanita telah meningkatkan taraf ekonomi serta kehidupan ke era kehidupan moden yang lebih selesa. Kehidupan yang lebih selesa menjadi pemangkin pembangunan negara ke arah negara maju. Wanita telah keluar dari kepompong kehidupan sebagai suri rumah tangga, dan menjadi penyumbang dalam pembangunan negara melalui bidang Pendidikan. Pendidikan menjadi teras untuk menghadapi dunia global. Kaum wanita menjadi tunjang utama dalam memastikan aspirasi kerajaan menjana pendidikan bertaraf dunia akan terlaksana. Kaun wanita berfungsi sebagai guru, tutor dan pensyarah dalam pelbagai bidang. Mereka adalah antara pendidik berkalebar yang menjamin generasi akan datang memperoleh ilmu pengetahuan yang berguna. Justeru, wanita wajar mendapat hak kesamarataan agar dapat sama-sama memberi sumbangan yang optimum dalam membangunkan negara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kaedah Kajian
🌺 Assalamualaikum & Salam Sejahtera 🌺 Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin 🌺 Cikgu share.... Kaedah Kajian ...
-
Salam PT3... Penatlah jerit-jerit di kelas. Medium ini lebih simple, yet banyak membantu pelajar. Betul tak? Ada pelajar saya s...
-
Sedia untuk berjuang PMR candidates 2012..!! Klik pada link -->> Soalan Kerja Kursus... Good Luck untuk semua. millions apologize....
-
📌 Buntu..... bukan ini yang dirancang, apakan daya kalian harus akur, 📌 Kadang kala kita memang tiada pilihan, maafkan lah💔 1. Ciri-c...
No comments:
Post a Comment