Monday, May 14, 2018

Kerja Kursus PT3 Sejarah Contoh Ulasan Hasrat Tokoh

Salam PT3...

           Penatlah jerit-jerit di kelas. Medium ini lebih simple, yet banyak membantu pelajar. Betul tak? Ada pelajar saya seperti mencurah air ke daun keladi. Malas nyaaa.... na'uzubillah. Tapi ramai yang baik-baik dan selalu buat cikgu tersenyum...😊. Cikgu selalu doakan yang baik-baik untuk korang, walaupun selalu ada sahaja yang mengguris πŸ’”. Keredaan seorang guru akan membawa anda kejalan kejayaan yang gemilang di masa hadapan. Hormatilah guru... sayangilah guru... berbuat baiklah dengan guru-guru.

Ini cikgu share langkah2 menulis bahagian Ulasan Hasrat Tokoh:-
πŸ’— apa yang anda faham dari petikan hasrat tokoh tersebut?
πŸ’— jelaskan dengan terperinci kefahaman anda dari aspek masyarakat negara kita
πŸ’— selitkan kewujudan pelbagai kaum dan etnik di negara kita
πŸ’— nilai-nilai murni masyarakat negara kita
πŸ’— kepentingan memelihara keharmonian yg ada

Seterusnya, kaitkan pula dengan situasi masyarakat di tempat tinggal anda....
πŸ’— adakah wujud masyarakat berbilang kaum itu? berapa bilangan nya/pecahannya?
πŸ’— bagaimana wujudkah nilai berbaik antara satu sama lain itu?
πŸ’— Jika benar ada, perlu ada bukti spt:- gambar2, laporan aktiviti
πŸ’— berikan cadangan masa hadapan
πŸ’— nyatakan harapan masa hadapan

"...tinggallah dengan baik antara satu dengan yang lain kerana negeri ini adalah berlainan dengan mana-mana negeri yang ada di dunia ini."

seperti :- bertoleransi, bertolak-ansur, hormat-menghormati, bekerjasama, bersatu padu, membina hubungan yang baik.🌷

Tuesday, May 8, 2018

Penulisan Kerangka Kasar PT3 Sejarah _Semangat Perpaduan

Salam dinihari,
Isi penting yang perlu....dalam kerangka kasar.

Semangat Perpaduan:-
(yang ini perlukan gambar2 sebagai bukti)
Nyatakan aktiviti kemasyrakatan yang pernah dijalankan.
contohnya:-
🌺 gotong-royong
🌺 sambutan perayaan (rumah terbuka, hari raya, tahun baru cina, deepavali, dll)
🌺 keagamaan ( maulidur rasul, marhaban)
🌺 sukan
🌺 kebudayaan (kompang, tarian naga, dll)
Jika ada aktiviti di atas, maka boleh lah dikemukakan sebagai bukti penduduk dikawasan tempat tinggal kamu ada aktiviti yang dapat memupuk kerjasama dan semangat perpaduan

Namun, jika tiada....
Jelaskan cara-cara / langkah-langkah yang perlu diambil untuk memupuk semangat perpaduan di kawasan tempat tinggal kamu.
Contohnya:
🌼 menubuhkan persatuan penduduk ( ajk terdiri dari semua kaum utama)
🌼 menganjurkan gotong-royong
🌼 persatuan penduduk menganjurkan aktiviti kemasyrakatan seperti contoh2 diatasπŸ”
🌼 menyambut perayaan bersama (rumah terbuka di taman perumahan)
🌼 menganjurkan sukan masyarakat (futsal, semanrobik)

Nyatakan harapan masa depan...
(kebaikan ada semangat pepaduan, jaringan sosial, kejiranan yang akrab, saling bantu-menbantu)

🌹🌹🌹 Fikir yang baik-baik... Pasti yang datang juga, yang baik-baik..🌹🌹🌹

Tugasan PT3 Sejarah 2018 _Contoh Isi-isi Penting Kegiatan Sosioekonomi

Salam 1Malaysia,

Mungkin ini berguna dan boleh membantu korang dalam mengumpul maklumat...

3. Kegiatan Sosioekonomi Masyarakat Setempat:-
(maklumat diperoleh dari soal selidik jiran-jiran yang tinggal di loring yang sama dengan rumah anda)
dari segi Sosial:-
a. Persatuan penduduk
(ada carta organisasi......? penting nie...)
b. pecahan penduduk... bilangan penduduk
c. Aktiviti kemasyarakatan
(kaum wanita ditempat tinggal saya ade grup usrah.... boleh juga. dapatkan gambar sbagai bukti..
   atau,
d. jaringan sosial penduduk...
(persatuan penduduk ada page:facebook
   atau, gunakan kumpulan whatsapp...canggih tau sekarangπŸ˜ƒ)

dari segi Ekonomi
a. pekerjaan penduduk
b. purata pendapatan penduduk
c. tempat kerja penduduk
d. jika ada sumber ekonomi disitu...
   ( pertanian, perikanan.... jika ada....)


Tugasan PT3 Sejarah 2018

Salam Sejahtera,

           Bagaimana pelajar perlu dapatkan maklumat yang sahih...?

1. Soal selidik jiran2 tentang pekerjaan mereka serta aktiviti kemasyrakatan yang disertai.
2. Temuramah dari sumber yang boleh dipercayai...
3. Buat lah tugasan dalam kumpulan... supaya selamat untuk bergerak melakukan soal selidik dan temuramah.
4. Minta bantuan ibubapa... ibubapa sekalian, bantulah anak2 mendapatkan maklumat yang tepat. kasihan pelajar2 saya...
5. Selalu bertanya dengan guru masing...

Good Luck semua....πŸ’•

Tugasan PT3 Sejarah 2018 Penulisan Kerangka Kasar _Pembentukan dan Perkembangan

Salam,
         Saya tetap tunaikan janji... walaupun guru-guru anda telah share dikelas masing-masing saya masih nak share isi-isi penting yang mungkin sesuai dengan tempat tinggal anda....

Format penulisan Kerangka Kasar adalah bebas. silalah ikuti cara yang cikgu anda mahukan... Beliau yang akan tanda nanti... pandai-pandailah ambil hati cikgu kamu k... mungkin boleh sediakan hadiah HAri Guru yang spesel skittt....πŸ˜€πŸ˜

Pembentukan dan Perkembangan Masyarakat Setempat.
i.Pembentukkan
a. faktor2/sebab2 pembinaan perumahan
(banyak sebabnya... mungkin meningkatkan taraf hidup...
  atau, kerana ada kawasan perindustrian/perkilangan...
  atau, ada jalan yang menghubungkan dengan kawasan tumpuan..
  atau, kedudukan yang strategik....
b. apakah faktor penduduk memilih tinggal ditaman anda...
 (mungkin, harga rumah disitu masih berpatutan untuk dimilii....
    atau, Kawasan perumahan ini, dekat dengan tempat kerja,
    atau, kawasan yang mempunyai kawalam keselamatan yang ketat...

ii. Perkembangan
a. Bilangan penduduk
b. Perubahan fizikal dalam 5 tahun yang lalu
c. Perubahan fizikal dalam 10 tahun yang lalu
d. Kemudahan yang terdapat di tempat tinggal
e. kemudahan yang terdapat disekitar tempat tinggal
f. Fungsi2 kemudahan/bangunan yang menarik penduduk

Pt3 Sejarah Penulisan Kerangka Kasar _Pengenalan

Assalamualaikum wbt

         Salam di petang hari Selasa sebelum PRU ke14, esok❌. Maaf yer yang menunggu entry ini, cikgu perlu langsaikan tugas di sekolah dahulu...

Format penulisan Kerangka Kasar adalah bebas. Ikut panduan dari guru masing-masing k..✌
Cg nak kongsi isi-isi penting yang sesuai di tulis dlam pelaporan akhir nanti.

1.Pengenalan:-
a. latarbelakang
b. asal-usul
c. tahun dibina
d. tahun diduduki
e. bilangan rumah
f. bilangan penduduk
g. perubahan fizikal dalam 5 tahun yang lalu
h. kemudahan asas
i. kemudahan prasarana
j. aktiviti penduduk
k. pekerjaan penduduk
l. inferen/kesimpulan


🍩 jika ada yg dirasakan perlu... tulis kat ruangan komen okay...πŸ’•

Saturday, May 5, 2018

Panduan.... Contoh Penulisan Objektif Kajian...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

          Hari nie hujan lebat, tak membantu kita untuk mengedarkan soal selidik. Jadi ramailah yang bertanya itu dan ini... Jadi cikgu share contoh penulisan objektif kajian.... Sepatutnya pelajar sudah siap....

1. Jadual kerja
2. Sudah ada.... Tajuk:
3. Objektif Kajian
4. Kaedah Kajian
5. 5 keping gambar- jika ada perubahan dari segi pembangunan seperti jalan raya, traffic light, rumah kedai,
6. Soal Selidik ( saya cadangkan dijawab oleh semua rumah dilorang anda)
7. Dialog temuramah dengan 3 orang sumber
8. Kerangka Kasar
serat.....Tidak putus asa.... gigih berusaha ✌

Cikgu Share... OBJEKTIF KAJIAN

        Kajian ini dilaksanakan bagi memenuhi keperluan pentaksiran pelbagai instrumen mata pelajaran Sejarah. Semua pelajar tingkatan tiga wajib melaksankan tugasan ini sebagai pentaksiran PT3. Pada tahun ini kajian kami bertemakan "kajian masyarakat setempat dikawasan tempat tinggal pelajar".
        Melalui kajian ini, saya dapat mengetahui tentang latarbelakang kawasan tempat tinggal saya di Taman Setia Indah Precint 10, Johor Bahru, Johor. Saya telah dapat mengumpul maklumat terperinci tentang latarbelakang tempat tinggal saya. Antara maklumat yang dikumpulkan ialah tentang asal-usul kawasan serta tahun bilakah kawasan ini telah dibangunkan.
        Seterusnya...................

🌺 pelajar sila sambung 3.2 himgga 3.5 pada mukasurat 7 dan 8 kertas soalan.
🌺 sentiasa rujuk kertas soalan.
🌺 sentiasa rujuk guru masing-masing.
🌺 buat sehabis baik... cikgu doa yang baik-baik untuk kalian🌷🌷🌷

Update... Kajian PT3 Sejarah 2018

Salam...
         Semalan saya sempat mengikuti anak-anak murid saya melakukan sesi temuramah dengan beberapa orang sumber. Seronok... lucu pun ada, sebab mereka malu-malu nak tanya...
        Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Azlee Ahmad dan isterinya. Dr Azlee merupakan mantan AJK Persatuan Penduduk Precint 10 Taman Setia Indah Johor Bahru. Terima Kasih juga kepada pejabat pemaju SP Setia Sdn Bhd, khususnya Sales Executive Pn Azizahamizah, yang sudi meluangkan masa bersama pelajar2 saya semalam.


🌷🌷🌷Terima kasih daun keladi.🌷🌷🌷


Kaedah Kajian

🌺 Assalamualaikum & Salam Sejahtera 🌺 Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin 🌺 Cikgu share.... Kaedah Kajian       ...