Monday, April 30, 2018

lagi.... soalan-soalan temubual

Salam Sejahtera,
           Saya harap pelajar dapat membina satu persepsi positif semasa melakukan temubual. Gunakan kata-kata yang baik dan penuh sopan. Jangan lupa adab orang timur, sentiasa hormati orang yang lebih tua...🌷🌷🌷
           Saya kongsikan lagi soalan soalan yang mungkin boleh ditanya nanti....
a. Apakah kemudahan-kemudahan yang terdapat di kawasan perumahan ini?

b. Pada pendapat tuan, mengapa penduduk memilih untuk tinggal dikawasan perumahan ini?

c. Adakah kawasan perumahan ini ada menjalankan aktiviti kemasyarakatan, seperti sambutan Hari Raya/ Tahun Baru China/ Tahun Baru?

d. Boleh tuan kongsikan gambar yang berkaitan?

e. Selain sambutan perayaan di atas, apakah aktiviti lain yang telah dijalankan untuk memupuk kerjasama dalam kalangan penduduk disini?

cg harap ini dapat membantu kamu semua.... lots of luvπŸ’•πŸ’•πŸ’•

Sunday, April 29, 2018

Contoh Soalan Temubual...

Selamat Sejahtera,
            Saya faham... pelajar perlu sedikit bimbingan untuk sediakan soalan-soalan temubual. Perkara yang penting ialah, pelajar mesti tahu apakah maklumat yang pelajar perlukan...? Khusus untuk kamu...

Contoh-contoh soalan...

a. Bilakah kawasan ini dibuka?

b. Bolehkah tuan ceritakan serba sedikit tentang latarbelakang/ asalnya bentuk kawasan ini?

c. Siapakah pemimpin/tokoh/syarikat yang telah membuka/membina/mewujudkan kawasan perumahan ini?

d. Berapa ramaikah penduduk di kawasan perumahan ini?

e. Berapa bnyak rumah penduduk dikawasan perumahan ini?


🌹ini hanya contoh...
🌹mungkin hanya dapat mengumpul maklumat untuk latarbelakang sahaja.
🌹cari beberapa orang sumber, agar dapat mengumpul semua maklumat yang diperlukan...
🌹sentiasa rujuk kertas soalan anda.

Thursday, April 19, 2018

Contoh Penulisan.... Kaedah Kajian

Salam Sejahtera,
Semoga kalian tabah melaksanakan tugasan yang guru-guru berikan. Kami tak pernah mendoakan kegagalan kamu... sebaliknya sentiasa doakan kalian yang baik-baik dunia dan akhirat. GOOD LUCK okay...✌

cikgu share... Contoh Penulisan
🌻🌻🌻🌻🌻     KAEDAH KAJIAN     πŸŒ»πŸŒ»πŸŒ»πŸŒ»πŸŒ»
Saya telah menggunakan pelbagai kaedah kajian untuk mangumpulkan maklumat penting bagi kajian ini. Antara kaedah tersebut ialah ;

Kaedah Pemerhatian.
Saya menggunakan kaedah ini untuk melihat sendiri keadaan sekitar kawasan tempat tinggal saya di ________________________________. Melalui pemerhatian saya dapat melihat sendiri kehidupan penduduk dikawasan tempat tinggal saya serta pembangunan yang telah berlaku dikawasan sekitarnya. Banyak maklumat berguna saya perolehi dari kaedah ini.

🌻🌻🌻🌻🌻     Sekadar Contoh     πŸŒ»πŸŒ»πŸŒ»πŸŒ»πŸŒ»

Jika bersesuaian.. pelajar boleh gunakan. Ini sekadar panduan. Pelajar perlu pelbagaikan kaedah. Sekurang-kurangnya 3 kaedah. Lebih pelbagai... lebih bagus πŸ‘

Saturday, April 14, 2018

Kemeriahan Hari Sukan 2018

Salam,

14.04.2018 Kejohanan Olahraga SMKTMA. Sya dan rakan2 guru silat berusaha yang terbaik untuk unit SILAT 2018. Memang tahun yang penuh mencabar.... aktiviti sepanjang tahun. Esok kita ada perhimpunan unit beruniform yang akan dipimpin oleh Unit SILAT.
Walaupun warna rumah sukan berbeza... semangat tetap sama..!!
NILAM vs DELIMA

2018 masih beru bermula... Semoga terus tabah...GENG SILAT 2018.

Kaedah Kajian

🌺 Assalamualaikum & Salam Sejahtera 🌺 Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin 🌺 Cikgu share.... Kaedah Kajian       ...