Friday, June 14, 2019

Kaedah Kajian

🌺 Assalamualaikum & Salam Sejahtera

🌺 Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin

🌺 Cikgu share.... Kaedah Kajian

          Saya telah menggunakan pelbagai kaedah kajian untuk mangumpulkan maklumat penting bagi kajian ini. Antara kaedah tersebut ialah ;

Kaedah Perpustakaan
          Saya bersama beberapa orang rakan telah mengunjungi perpustakaan sekolah bagi mendapatkan maklumat yang bersesuaian dengan kajian kami. Kami meluangkan masa yang lama di sana kerana perlu mencari bahan yang mengandungi maklumat berguna dan sesuai dengan kajian. Banyak bahan-bahan rujukan yang telah kami baca dan rujuk seperti buku-buku ilmiah, majalah, dan akhbar. Bahan yang ditemui dibuat salinan untuk dimuatkan ke dalam hasil kajian.

Kaedah seterusnya.... kamu sambung dengan ayat dan huraian yang lebih mantap...πŸ‘

🌺 Semoga kalian tabah melaksanakan tugasan yang guru-guru berikan. Kami tak pernah mendoakan kegagalan kamu... sebaliknya sentiasa doakan kalian yang baik-baik dunia dan akhirat.
GOOD LUCK okay...🌺

Thursday, June 13, 2019

Objektif Kajian

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...🌻🌻🌻

πŸ’Cikgu Share... OBJEKTIF KAJIAN

        Kajian ini dilaksanakan bagi memenuhi keperluan Pentaksiran Tingkatan 3 mata pelajaran Sejarah. Semua pelajar tingkatan tiga wajib melaksankan Tugasan Sejarah Tingkatan 3 . Pada tahun ini pihak sekolah telah memilih tema Negeri-Negeri Selat sebagai tugasan sejarah.

        Melalui kajian ini, saya dapat mengetahui tentang sejarah asal-usul 3 Negeri Selat iaitu Pulau Pinang. Melaka dan Singapura. Negeri-tegeri tersebut mempunyai keistimewaan yang tersendiri hingga telah menarik minat British mengasainya. Banyak maklumat yang dapat dikumpulkan membolehkan saya mengetahui tentang strategik penguasaan British terhadap 3 negeri tersebut. Kami juga telah mengkaji perkembangan negeri-negeri tersebut hingga masa kini.

        Seterusnya...................

🌺 pelajar sila sambung objektif kedua dan ketiga.
🌺 sentiasa rujuk kertas soalan.
🌺 sentiasa rujuk guru masing-masing.
🌺 buat sehabis baik... cikgu doa yang baik-baik untuk kalian🌷🌷🌷

Kaedah Kajian

🌺 Assalamualaikum & Salam Sejahtera 🌺 Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin 🌺 Cikgu share.... Kaedah Kajian       ...