Friday, June 14, 2019

Kaedah Kajian

🌺 Assalamualaikum & Salam Sejahtera

🌺 Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin

🌺 Cikgu share.... Kaedah Kajian

          Saya telah menggunakan pelbagai kaedah kajian untuk mangumpulkan maklumat penting bagi kajian ini. Antara kaedah tersebut ialah ;

Kaedah Perpustakaan
          Saya bersama beberapa orang rakan telah mengunjungi perpustakaan sekolah bagi mendapatkan maklumat yang bersesuaian dengan kajian kami. Kami meluangkan masa yang lama di sana kerana perlu mencari bahan yang mengandungi maklumat berguna dan sesuai dengan kajian. Banyak bahan-bahan rujukan yang telah kami baca dan rujuk seperti buku-buku ilmiah, majalah, dan akhbar. Bahan yang ditemui dibuat salinan untuk dimuatkan ke dalam hasil kajian.

Kaedah seterusnya.... kamu sambung dengan ayat dan huraian yang lebih mantap...👍

🌺 Semoga kalian tabah melaksanakan tugasan yang guru-guru berikan. Kami tak pernah mendoakan kegagalan kamu... sebaliknya sentiasa doakan kalian yang baik-baik dunia dan akhirat.
GOOD LUCK okay...🌺

Thursday, June 13, 2019

Objektif Kajian

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...🌻🌻🌻

💝Cikgu Share... OBJEKTIF KAJIAN

        Kajian ini dilaksanakan bagi memenuhi keperluan Pentaksiran Tingkatan 3 mata pelajaran Sejarah. Semua pelajar tingkatan tiga wajib melaksankan Tugasan Sejarah Tingkatan 3 . Pada tahun ini pihak sekolah telah memilih tema Negeri-Negeri Selat sebagai tugasan sejarah.

        Melalui kajian ini, saya dapat mengetahui tentang sejarah asal-usul 3 Negeri Selat iaitu Pulau Pinang. Melaka dan Singapura. Negeri-tegeri tersebut mempunyai keistimewaan yang tersendiri hingga telah menarik minat British mengasainya. Banyak maklumat yang dapat dikumpulkan membolehkan saya mengetahui tentang strategik penguasaan British terhadap 3 negeri tersebut. Kami juga telah mengkaji perkembangan negeri-negeri tersebut hingga masa kini.

        Seterusnya...................

🌺 pelajar sila sambung objektif kedua dan ketiga.
🌺 sentiasa rujuk kertas soalan.
🌺 sentiasa rujuk guru masing-masing.
🌺 buat sehabis baik... cikgu doa yang baik-baik untuk kalian🌷🌷🌷

Wednesday, May 8, 2019

Kesan Penubuhan NNMB

📌 Buntu..... bukan ini yang dirancang, apakan daya kalian harus akur,
📌 Kadang kala kita memang tiada pilihan, maafkan lah💔

1. Ciri-ciri SISTEM RESIDEN

🍩Kedudukan Sultan dan pembesar dikekalkan

🍓Sultan mesti menerima nasihat dari pegawai British

🍩Sultan tidak boleh membuat apa-apa undang-undang dalam negeri

🍓Sultan hilang kuasa dalam hal pentadbiran

🍩Sultan dan pembesar hilang kuasa memungut cukai

🍓Residen yang berkuasa dalam hal pentadbiran

🍩Pembesar digantikan oleh pegawai-pegawai British

🍓Sistem Pentadbiran bercorak Barat diperkenalkan.


2. Kesan dari penubuhan NNMB

🐞Dapat mengawal  kuasa RESIDEN

🌷Dapat menyeragamkan sistem pemerintahan dan pentadbiran di negeri-negeri tersebut

🐞Dapat menjamin keselamatan dengan menubuhkan pasukan keselamatan sendiri

🌷Dapat membantu Pahang yang telah dilanda krisis kewangan



📌 baca buku teks ms:75 untk huraian lebih lengkap.


Saturday, April 27, 2019

BAB 3 Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

🌹🌹 Selalu pelajar bertanya... apakah tips nak exam?
🌻🌻 Cikgu akan jawab... baca buku dari kulit depan sampai habis kulit belakang. Baca sekali tak cukup, baca dua kali pun belum cukup, perlu baca berkali-kali....

LATIHAN:

Soalan 1
🔖Perjanjian Pangkor 1874 telah ditandatangani  pihak British dengan wakil pemerintah Negeri Perak.

📍a) Dimanakah lokasi Perjanjian Pangkor 1874 diadakan ? (1m)

📍b) Nyatakan tiga syarat yang terkandung dalam Perjanjian Pangkor 1874? (3m)

📍c) Siapakah pembesar dari Negeri Perak yang hadir pada perjanjian tersebut? (2m)

📍d) Jelaskan implikasi Perjanjian Pangkor 1874 kepada pentadbiran Negeri PERAK? (4m)

🌹Mari kita bincangkan.

Friday, April 26, 2019

Bab2 Negeri-Negeri SELAT (Latihan)

💝Hidup ini bukan pilihan... ia satu kemestian yang harus dijalani dengan ilmu dan iman💝


LATIHAN:

SOALAN 1:

*Perjanjian London 1824 BRITISH - BELANDA* 

a) Apakah faktor Perjanjian London 1824 ditandatangani? (2m)
b) Nyatakan syarat Perjanjian London 1824 terhadap kuasa berikut ?
          i. British (2m)
         ii. Belanda (2m)
c) Jelaskan kesan Perjanjian London 1824 terhadap Alam Melayu? (4m)

SOALAN 2:
                  Bendera Negeri-Negeri Selat

a) Namakan dua buah Negeri-Negeri SELAT? (2m)
b)Apakah tujuan Negeri-Negeri SELAT ditubuhkan? (2m)
c) Jelaskan kepentingan pembentukkan Negeri-Negeri SELAT kepada British? (2m)
d) Pada pendapat anda, jelaskan kesan pembentukkan Negeri-Negeri SELAT terhadap Tanah Melayu?(3m)



Sunday, April 21, 2019

Cipta sebuah kejayaan...

Assalamualaikum....

   Hidup tanpa ada cabaran tak kan bermakna. Bersabar, belajar, bersyukur. Setiap apa yang diberikan pasti ada pengalaman yang bererti untuk hidup kita.

🌻Buka hati untuk belajar.
🌻Ilmu sangat penting dalam kehidupan.
🌻Kejar ilmu akhirat sebelum ilmu dunia.
🌻Otak manusia lebih hebat dari otak komputer.
🌻ilmu mesti dicari, digali....
🌻mencari ilmu tiada hentinya hingga ke hujung nyawa.

Jangan putus asa, kejayaan milik orang yang berusaha mencarinya.

Monday, June 25, 2018

Get Ready....

Salam Semua...
Masih dalam mood hari raya... Selamat Hari Raya....
Minggu ini bermula pembentangan untuk PT3 Sejarah...
10 markah untuk usaha yang terakhir...
mungkin 10 markah ini menentukan anda boleh mendapat GRED A
Buatlah bersungguh-sungguh, jangan pernah berputus asa...
Gunakan MS powerpoint atau boleh juga GOOgle Slide...
Hafalkan isi-isi penting...
yakin diri...
Masukkan video atau gambar-gambar yang anda boleh ambil dari sekitar kawasan tempat tinggal kamu...
GOOD LUCK.

Kaedah Kajian

🌺 Assalamualaikum & Salam Sejahtera 🌺 Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin 🌺 Cikgu share.... Kaedah Kajian       ...