Wednesday, March 28, 2018

Contoh Penulisan.... RUJUKAN

Selamat Menyiapkan Tugasan Kalian...
Ini cikgu kongsikan format penulisan rujukan.

**          🌷🌷🌷          **
 RUJUKAN

Buku
Masariah Binti Mispari, Johara Binti Abdul Wahab, Ridzuan Bin Hasan,
2007. Buku Teks Sejarah Tingkatan 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa 
Dan Pustaka.

Lew Hee Men, Zamri Zakaria, Mansor Hasan, 2012. Success Sejarah 

PMR. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Akhbar 
Berita Harian, 24 JUN 2015, Halaman 19.

Internet

http://www. utusan.com.my/utusan/info/1807_berita_arkib.htm

http://sejarah4puddms.blogspot.com/2011/10/negeri-negeri_melayu_bersekutu.htm



**          🌷🌷🌷          **
Bagi rujukan buku, nokhtah, koma dan titik bertindih adalah wajib digunakan seperti diatas.

Saturday, March 24, 2018

: Support our school VLE Frog...

 Dear student...
Please Log In to your VLE FROG ��
via this SMK TMA VLE FROG

do pm me if you need your ID.��

KBAT...wanita dalam pembangunan negara

          Wanita adalah penyumbang kepada ekonomi negara. Penglibatan wanita memberi impak yang besar terhadap ekonomi negara. Wanita bukan sahaja dapat meningkatkan ekonomi keluarga semata-mata, hasil kerja keras wanita telah membantu menjana ekonomi negara. Penglibatan wanita telah meningkatkan taraf ekonomi serta kehidupan ke era kehidupan moden yang lebih selesa. Kehidupan yang lebih selesa menjadi pemangkin pembangunan negara ke arah negara maju. Wanita telah keluar dari kepompong kehidupan sebagai suri rumah tangga, dan menjadi penyumbang dalam pembangunan negara melalui bidang Pendidikan. Pendidikan menjadi teras untuk menghadapi dunia global. Kaum wanita menjadi tunjang utama dalam memastikan aspirasi kerajaan menjana pendidikan bertaraf dunia akan terlaksana. Kaun wanita berfungsi sebagai guru, tutor dan pensyarah dalam pelbagai bidang. Mereka adalah antara pendidik berkalebar yang menjamin generasi akan datang memperoleh ilmu pengetahuan yang berguna. Justeru, wanita wajar mendapat hak kesamarataan agar dapat sama-sama memberi sumbangan yang optimum dalam membangunkan negara

Kedudukan wanita dalam Tamadun Mesir Purba

b) Wanita dalam tamadun Mesir Purba dikatakan mempunyai kedudukan yang tinggi. Buktikan pernyataan ini?
          Tamadun Mesir Purba mengiktirafkan wanita sebagai pemimpin. Pada Zaman Empayar seorang wanita telah dilantik menjadi firaun, iaitu Firaun hatshepsut ( 1501---1479 S.M.) Era pemerintahannya penuh dengan pembaharuan seperti pembinaan terusan dan penukaran padang pasir kepada tanah pertanin\an yang subur. Keupayaan beliau membawa perubahan ini telah meletakkan beliau setanding dengan pencapaian firaun yang lain. Ini menunjukkan bahawa wanita dalam tamadun Mesir Purba mampu memerintah serta memiliki kedudukan yang tinggi. 

c)Jelaskan langkah-langkah  yang boleh diambil untuk menggalakkan wanita terlibat dalam pembangunan negara ?
          Antara langkah yang boleh diambil untuk menggalakkan penyertaan kaum wanita dalam pembangunan negara ialah wujudnya dasar kerajaan yang memberi peluang kaum wanita terlibat dalam perkhidmatan awam. Dengan adanya dasar ini lebih ramai wanita dapat menceburi bidang pekerjaan disektor awam mahupun swasta. Kemampuan wanita juga tidak dapat dinafikan. Wanita mampu menyumbang kearah pembangunan negara dengan adanya beberapa inisiatif dari pihak kerajaan dan badan NGO yang sentiasa menyediakan bantuan dari segi kewangan dan latihan. Ini dapat membantu kaum wanita memperoleh modal untuk menjalankan perniagaan. Usahawan wanita negara kita telah dapat menghasilkan produk eksport yang berkualiti tinggi seperti Dato' Sri Diva yang mengeluarkan produk Pamoga. Ramai kaum wanita yang berjaya dalam bidang yang diceburi wajar diikhtiraf dengan penganugerahan oleh kerajaan. Bukan sahaja menjadi inspirasi kepada kaum wanita yang lain, ini dapat menggalakkan lebih ramai wanita untuk sama-sama membangunkan negara.

Friday, March 23, 2018

again.... This is life....


Dear students,

Mood bercuti.....
Share lagi jawapan untuk my 🌹🌹🌹students....
1. Sistem pemerintahan yang wujud pada zaman Mesir Purba?
          Sistem pemerintahan Mesir Purba diterajui oleh raja,iaitu firaun. Beliau dibantu oleh golongan bangsawan untuk menjalankan pentadbiran,menjaga keamanan, mengurus dan mengagihkan penghasilan makanan di dalam negara. Golongan bangsawan ini merupakan pembesar yang terdiri daripada pegawai, penasihat, dan juga gabenor yang mentadbir wilayah yang ditakluki. Para rahib dipertanggungjawabkan untuk mentadbir  hal keagamaan. Urusan pentadbiran ini juga turut dibantu oleh jurutulis yang terdiri daripada orang awam yang telah dilantik untuk menulis segala rekod kerajaan.

Esok pula cikgu sambung yang lain...😍bye.

Thursday, March 22, 2018

Hello, mungkin notes yang cikgu share ini dapat membantu kalian.
 "Share Smile... Share Love... Share All Kindness..."🌷🌷🌷
Contoh Jawapan:πŸ’•
1.undang -undang ROM terdiri daripada tiga cabang iaitu:
        Undang-undang sivil
        Undang-undang rakyat
        Undang-undang natural

2. Mengapakah undang-undang penting bagi sesebuah negara?
        Undang-undang sangat penting bagi sesebuah negara kerana undang-undang dapat menjamin keamanan sesebuah negara. Masyarakat dapat hidup dalam suasana aman dan keselamatan mereka terjamin jika undang-undang dipatuhi dan amalkan. Kejadian seperti jenayah dapat dibanteras dengan adanya undang-undang. Undang-undang juga dapat menjamin keadilan kepada masyarkat. Setiap orang perlu mamatuhi undang-undang. Tiada siapapun yang terkecuali dari dikenakan tindakan undang-undang jika melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang. Jelaslah undang-undang sangat penting bagi sesebuah negara bagi memastikan rakyat dapat hidup dalam situasi aman dan harmoni.

3. Ramalkan apakah yang akan berlaku jika rakyat sesebuah negara mengabaikan pelaksanaan undang-undang?
       Jika undang-undang diabaikan, kehidupan sebuah negara akan menjadi kucar-kacir dan  keselamatan tidak terjamin. Ini akan mendorong kepada jenayah yang berleluasa. Rakyat akan hidup dalam ketakutan. Kegiatan harian sukar dijalankan. Ini akan menjejaskan ekonomi negara. Para pelancong juga tidak akan memilih negara yang tidak selamat untuk dilawati. ini akan menjejaskan imej negara di mata dunia.

Sunday, March 18, 2018

Support our school VLE Frog...

Dear student...
Please Log In to your VLE FROG
πŸ’•via this link
VLE Frog SMK TMA

do pm me if you need your ID.πŸ‘Œ

Friday, March 16, 2018

Nota Ting 4 : Dasar British Terhadap Pekebun Kecil.

Sebelum kedatangan British :
 -> Pekebun kecil terdiri daripada orang Melayu.

Era Penjajahan British :
 -> British mahu mengekalkan orang Melayu sebagai petani.
-> British memperkenalkan Enakmen Tanah Padi 1917
 -> melarang penanaman getah dikawasan penanaman padi
 -> Ini kerana...untuk mengurangkan penyertaan pekebun kecil, terutamanya orang Melayu dari menyertai sektor penanaman getah.
 ->Premium(yuran) untuk permohonan tanah baru untuk tujuan penanaman getah telah dinaikkan. 

Pda tahun 1930an...
-> Pembukaan tanah baru untuk tujuan penanaman getah adalah dilarang sama sekali.
-> ini kerana, berlaku kemerosotan harga getah dipasaran dunia.
-> Dasar penjajah... hanya memberi perlindungan kepada pemodal dan pengusaha dari Eropah.
-> Sekatan Stevenson 1922 -Pengeluaran getah perlu dihadkan.
 -> Dalam Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa pada 1934, pekebun kecil diberi kuota yang rendah, kerana dianggap sebagai ancaman kepada pengusaha ladang

. Walaupun petani menhadapi halangan, mereka tetap mendapat pulangan yang lebih baik dari penanaman getah. ini menyebabkan petani tidak mahu lagi mengusahan sawah padi.

 ->kesannya: Tanah Melayu mengimport beras dari luar negara seperti Tahiland, Indi-China, dan Myanmar. Namun, bekalan beras dari luar tidak terjamin.

 Pihak British mengambil langkah...
1. Melarang tanah pertanian padi ditanam dengan getah.
2. Menubuhkan Jabatan Parit dan Tali Air 1930.->demi membantu penanaman padi

Kaedah Kajian

🌺 Assalamualaikum & Salam Sejahtera 🌺 Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin 🌺 Cikgu share.... Kaedah Kajian       ...