Thursday, March 22, 2018

Hello, mungkin notes yang cikgu share ini dapat membantu kalian.
 "Share Smile... Share Love... Share All Kindness..."🌷🌷🌷
Contoh Jawapan:πŸ’•
1.undang -undang ROM terdiri daripada tiga cabang iaitu:
        Undang-undang sivil
        Undang-undang rakyat
        Undang-undang natural

2. Mengapakah undang-undang penting bagi sesebuah negara?
        Undang-undang sangat penting bagi sesebuah negara kerana undang-undang dapat menjamin keamanan sesebuah negara. Masyarakat dapat hidup dalam suasana aman dan keselamatan mereka terjamin jika undang-undang dipatuhi dan amalkan. Kejadian seperti jenayah dapat dibanteras dengan adanya undang-undang. Undang-undang juga dapat menjamin keadilan kepada masyarkat. Setiap orang perlu mamatuhi undang-undang. Tiada siapapun yang terkecuali dari dikenakan tindakan undang-undang jika melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang. Jelaslah undang-undang sangat penting bagi sesebuah negara bagi memastikan rakyat dapat hidup dalam situasi aman dan harmoni.

3. Ramalkan apakah yang akan berlaku jika rakyat sesebuah negara mengabaikan pelaksanaan undang-undang?
       Jika undang-undang diabaikan, kehidupan sebuah negara akan menjadi kucar-kacir dan  keselamatan tidak terjamin. Ini akan mendorong kepada jenayah yang berleluasa. Rakyat akan hidup dalam ketakutan. Kegiatan harian sukar dijalankan. Ini akan menjejaskan ekonomi negara. Para pelancong juga tidak akan memilih negara yang tidak selamat untuk dilawati. ini akan menjejaskan imej negara di mata dunia.

No comments:

Post a Comment

Kaedah Kajian

🌺 Assalamualaikum & Salam Sejahtera 🌺 Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin 🌺 Cikgu share.... Kaedah Kajian       ...