Saturday, March 24, 2018

Kedudukan wanita dalam Tamadun Mesir Purba

b) Wanita dalam tamadun Mesir Purba dikatakan mempunyai kedudukan yang tinggi. Buktikan pernyataan ini?
          Tamadun Mesir Purba mengiktirafkan wanita sebagai pemimpin. Pada Zaman Empayar seorang wanita telah dilantik menjadi firaun, iaitu Firaun hatshepsut ( 1501---1479 S.M.) Era pemerintahannya penuh dengan pembaharuan seperti pembinaan terusan dan penukaran padang pasir kepada tanah pertanin\an yang subur. Keupayaan beliau membawa perubahan ini telah meletakkan beliau setanding dengan pencapaian firaun yang lain. Ini menunjukkan bahawa wanita dalam tamadun Mesir Purba mampu memerintah serta memiliki kedudukan yang tinggi. 

c)Jelaskan langkah-langkah  yang boleh diambil untuk menggalakkan wanita terlibat dalam pembangunan negara ?
          Antara langkah yang boleh diambil untuk menggalakkan penyertaan kaum wanita dalam pembangunan negara ialah wujudnya dasar kerajaan yang memberi peluang kaum wanita terlibat dalam perkhidmatan awam. Dengan adanya dasar ini lebih ramai wanita dapat menceburi bidang pekerjaan disektor awam mahupun swasta. Kemampuan wanita juga tidak dapat dinafikan. Wanita mampu menyumbang kearah pembangunan negara dengan adanya beberapa inisiatif dari pihak kerajaan dan badan NGO yang sentiasa menyediakan bantuan dari segi kewangan dan latihan. Ini dapat membantu kaum wanita memperoleh modal untuk menjalankan perniagaan. Usahawan wanita negara kita telah dapat menghasilkan produk eksport yang berkualiti tinggi seperti Dato' Sri Diva yang mengeluarkan produk Pamoga. Ramai kaum wanita yang berjaya dalam bidang yang diceburi wajar diikhtiraf dengan penganugerahan oleh kerajaan. Bukan sahaja menjadi inspirasi kepada kaum wanita yang lain, ini dapat menggalakkan lebih ramai wanita untuk sama-sama membangunkan negara.

No comments:

Post a Comment

Kaedah Kajian

🌺 Assalamualaikum & Salam Sejahtera 🌺 Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin 🌺 Cikgu share.... Kaedah Kajian       ...