Saturday, May 5, 2018

Panduan.... Contoh Penulisan Objektif Kajian...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

          Hari nie hujan lebat, tak membantu kita untuk mengedarkan soal selidik. Jadi ramailah yang bertanya itu dan ini... Jadi cikgu share contoh penulisan objektif kajian.... Sepatutnya pelajar sudah siap....

1. Jadual kerja
2. Sudah ada.... Tajuk:
3. Objektif Kajian
4. Kaedah Kajian
5. 5 keping gambar- jika ada perubahan dari segi pembangunan seperti jalan raya, traffic light, rumah kedai,
6. Soal Selidik ( saya cadangkan dijawab oleh semua rumah dilorang anda)
7. Dialog temuramah dengan 3 orang sumber
8. Kerangka Kasar
serat.....Tidak putus asa.... gigih berusaha ✌

Cikgu Share... OBJEKTIF KAJIAN

        Kajian ini dilaksanakan bagi memenuhi keperluan pentaksiran pelbagai instrumen mata pelajaran Sejarah. Semua pelajar tingkatan tiga wajib melaksankan tugasan ini sebagai pentaksiran PT3. Pada tahun ini kajian kami bertemakan "kajian masyarakat setempat dikawasan tempat tinggal pelajar".
        Melalui kajian ini, saya dapat mengetahui tentang latarbelakang kawasan tempat tinggal saya di Taman Setia Indah Precint 10, Johor Bahru, Johor. Saya telah dapat mengumpul maklumat terperinci tentang latarbelakang tempat tinggal saya. Antara maklumat yang dikumpulkan ialah tentang asal-usul kawasan serta tahun bilakah kawasan ini telah dibangunkan.
        Seterusnya...................

🌺 pelajar sila sambung 3.2 himgga 3.5 pada mukasurat 7 dan 8 kertas soalan.
🌺 sentiasa rujuk kertas soalan.
🌺 sentiasa rujuk guru masing-masing.
🌺 buat sehabis baik... cikgu doa yang baik-baik untuk kalian🌷🌷🌷

No comments:

Post a Comment

Kaedah Kajian

🌺 Assalamualaikum & Salam Sejahtera 🌺 Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin 🌺 Cikgu share.... Kaedah Kajian       ...